UCAPAN
SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN
Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman
Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak
Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH
PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim
Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)
Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak
Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH
PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim
Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)
Tuesday, April 29, 2008
KEMANA 1 UNDI PEMBANGKANG?
Kenapa undi MP pembangkang kurang?Dilulus terbit pada Tuesday, April 29 @ 19:08:32 MYT oleh SongkokPutih Oleh othimbra"Tanggal 28 April telah mencipta sejarah bagi politik Malaysia apabila 222 orang ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah sebagai ahli dewan terdiri dari 140 orang dari parti komponen BN dan 82 orang dari parti pembangkang. Pada hari itu juga Dewan Rakyat memilih seorang Speaker dan dua Timbalan Speaker bagi mengendali persidangan Dewan Rakyat. Pembangkang mencalonkan Dr. Tan Seng Giaw dari DAP, manakala BN mencalonkan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafat (Santubong) dan Datuk Ronard Kiandee ( Beluran). Setelah pengundian dijalankan kedua jawatan tersebut dimenangi oleh calon BN.Apa yang menimbul tanda tanya ialah kenapa calon yang dikemukakan oleh pembangkang mendapat 81 undi sahaja sedangkan jumlah MP pembangkang semuanya 82? Ini sudah tentu satu undi sudah lari kepada calon BN atau mungkin berkecuali? Masalahnya kenapa terjadi demikian? Berbagai spekulasi timbul mengenai undi pembangkang yang lari itu. Ada yang meramalkan kemungkinan besar MP yang tidak mengundi wakil pembangkang itu bukan dari DAP sebab mustahil mereka tidak menyokong calon dari parti mereka yang pencalonannya dibuat oleh Lim Kit Siang sendiri. Mereka juga berpendapat tidak mungkin ‘undi lari’ itu datangnya dari wakil PKR sebab Ketua Pembangkang di parlimen sekarang ialah presiden PKR, iaitu Datin Sri Wan Azizah. Soalan lain yang cuba digali jawapannya ialah apakah dia MP Melayu atau bukan Melayu? Tak mungkin MP bukan Melayu menolak Tang Seng Giaw. Kita tidak mempersoalkan kebebasan MP dalam parlimen sebab itu adalah hak mereka. Tapi yang dipertikaikan ialah dari aspek moral pembangkang di parlimen yang sepatutnya solid dalam membuat keputusan. Jika tidak, perpaduan mereka dianggap longgar dan terdedah kepada berbagai kemungkinan pada masa depan. Ini baru kali pertama parlimen bersidang tapi sudah wujud bibit ketidaksefahaman. Apakah ini baik bagi pembangkang? Sikap MP tersebut dipertikaikan apa siknifikannya sehingga mendorong mengenepikan calon pembangkang, sedangkan dia juga adalah MP pembangkang dan kerusinya berada di bahagian pembangkang? Kenapa dia sanggup memalukan dan mengecewakan pembangkang? MP tersebut mungkin tidak sedar atau mula hilang kesedarannya bahawa yang membawa dirinya ke parlimen ialah golongan pembangkang dari semua peringkat, bermula dari peringkat akar umbi hingga kepada pemimpin atasan. Jika tidak, jangan harap dia akan menang dalam pilihan raya 3 Mac lepas. Di mana letaknya semangat setiakawan di kalangan pembangkang yang diucap selama ini? Kata-kata yang diucap dengan lidah sepatutnya mencerminkan isi hati. Jika tidak, orang akan melabel dirinya hipokrit atau dalam dalam istilah Islam dipanggil munafik. MP tersebut harus faham bahawa pebuatannya itu memberi mata pertama yang besar maknanya kepada BN dalam mencari tapak baru untuk mengukuh kedudukannya yang semakin goyah itu. Jika dia MP baru, peristiwa ini patut dijadikan pengajaran bagaimana sikap yang perlu ada bagi melayakkan dirinya menjadi seorang pembangkang yang berwibawa. Sebaliknya jika dia seorang MP yang berpengalaman (senior) dia patut membuang sikap sombong diri sebagai wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat. Hasrat rakyat yang menyokongnya mesti digalas sepanjang waktu, termasuk ketika menyedup udara dingin dalam banggunan parlimen. Rakyat yang bersusah payah memberi kemenangan besar kepada pati pembangkang dalam pilihan raya yag lepas tentu kecewa jika mereka mengetahui bahawa wakil rakyat mula curang terhadap rakan-rakan di kalangan pembangkang dan mula bermain mata dengan pihak kerajaan. Mereka mahu wakil rakyat komited atas prinsip perjuangan yang didokong, bukan menagih undi dari rakyat untuk membolehkannya mendapat tiket MP bagi mencapai cita-cita tersembunyi yang bersarang dalam dirinya. Ini yang semua MP kena ingat. Hari ini heboh rakyat membincang isu ‘undi lari’ di kedai-kedai kopi yang merupakan parlimen harian mereka. Dengan nada kesal bercampur geram, mereka meminta setiap MP pembangkang menyatakan kesetiaan mereka sama ada di dalam atau di luar parlimen. Mereka tidak mahu wujud gunting dalam lipatan atau lipas dalam almari pakaian. Ini adalah penting ditengah-tengah PR sedang berusaha untuk menukar kerajaan dalam masa terdekat dengan izin Allah, sebagaimana yang dinyatakan berulang kali oleh DSAI. Mereka mahu mana-mana MP yang rasa dirinya kurang selesa berada di pihak pembangkang, sila nyatakan dengan jelas supaya rakyat dapat membuat perhitungan sebelum masa berlalu dengan begitu jauh. Sekadar untuk renugan, parlimen Malaysia sekarang mempunyai 82 MP yang berada di kerusi pembangkang terdiri dari: PKR ( 31 ), DAP ( 28 ), PAS ( 22 ) dan Bebas (1). Siapakah MP yang tidak sudi memberi undi kepada calon DAP itu? Apakah dia mula dibuai angan-agan untuk menyeberang kepada BN kerana terbayang jawatan penting di peringkat pusat? Mungkin Nujum Pak Belalang tahu jawapannya. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment