Fasal Ketiga: Adab-adab seorang murid(nota saya: murid di sini bukan sahaja terhad kepada mereka yg menuntutilmu agama secara formal, malah kepada mereka yg menuntuk ilmu agama dimasjid2 atau surau2.)Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu: Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanyaterlebih dahulu Jgn membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadapperkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yangengkau kata itu. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnyamaka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunyamemberikan pelajaran. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapihendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradabseolah-olah dia sedang sembahyang. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkitdari majlisnya. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ke tempat duduknya. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunyamengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya(bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui denganrahsia segala perbuatannya dalam hal ini hedaklah ia mengingati akanperkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkandalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya: "Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapalini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkautelah melakukan satu perbuatan yang mungkar." Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah padakeingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir padasisinya sahaja.---------------------------------
Cintailah ilmu terutamanya ilmu akhirat, atau sekurang2nya cintailah orangyang cintakan ilmu agama dan janganlah berburuk sangka dgn mereka.Sesungguhnya apa yg mereka buat adalah antara mereka dgn Allah, apa ygpenting adakah kita sendiri sudah amat hampir dgn Allah lebih dari paraustaz/ustazah/ulama ?Sesungguhnya bala paling besar utk seseorang manusia itu ialah apabilaAllah tutup mata hati daripada menerima petunjuk dan hidayah Allah, danakhirnya semakin jauh daripada Allah. Saya mohon pembaca agar mendo'akansaya dan semua pembaca supaya sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dandilindungi dari kemurkaanNya.Maaf, jika ada yg terasa.Wallah hu'alam............................................................................
KALAM HIKMAH :" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di duniaorang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidakberagama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharapkepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkanapabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisanpersahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalammelakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberipertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikapbertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment