UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Wednesday, May 7, 2008

CAKAP TENTANG BERKAT...

Minggu ni, alhamdulillah dapat balik kampong seperti biasa, ala kampong bukanlah jauh sangatpun dengan tempat kerja ana ni... adalah dalam 45 min lebih kurang perjalanan biasa. Bukan merempit tau... hehe. Syukur juga, minggu ni berkesempatan melapangkan masa untuk bersama-sama program bulanan kampong. Kuliah bulanan sebulan sekali. Bermula 10.00 - 11.30. Banyak ilmu yang didapati paling kurang dapat membuka minda ana yang masih kering kontang dengan ilmu agama ni...Banyak perkara yang disentuh walaupun dalam masa sejam setengah tersebut hanya sepotong ayat sahaja yang ditafsirkan... Ayat pertama Surah Al Mulk. Tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Kerajaan Allah... Kerajaan yang Maha hebat tiada tolak bandingnya. Meliputi kerajaan langit dan bumi kekuasaan mengatur alam ini. Perjalanan segalanya cakerawala... bulan bintang langit matahari. Semuanya dalam aturbicara dari Allah Tuhan Yang Maha Esa... Yang mentadbir alam ini. Kerajaan yang tidak mungkin punya perbandingan dengan segala kerajaan yang wujud di Maya ini. Dialah Allah tuhan yang tidak pernah memerlukan bantuan walau sekelumit dari makhluknya. Jauh sekali dengan mana-mana kerajaan di dunia yang sentiasa bersilih ganti pelakonnya lantas merintih memujuk dam merayu untuk terus kekal berkuasa...Cumanya... Terlalu sukar untuk kita merasakan kerajaan dan kekuasaan Allah ini pada kita. Rasa yang mampu mendatangkan perasaan gerun, lantas menyimpul ketakwaan padaNya. Sukarnya kita menerima setiap sesuatu itu adalah di bawah kekuasaanNya. Sukarnya kita meletakkan hakikat bahawa segala sesuatu yang berlaku pada setiap kita atas kehendak dariNya... Amat sukar!!! Kita lebih akur pada makhluk justeru lupa pada hakikat sebenar dari Yang Maha Esa...Arghhh... Apa ana melalut ni masih belum berbicara soal berkat. Jauhnya menyimpang!!! Ya. Berkat... suatu kalimah yang telah mula asing ditelinga kita akhir ini. Terlalu asing. Kalau dulu semasa ana kecil kalimah itu benar-benar melekat dijiwa. Kalimah itu sering meluncur dibibir-bibir pakcik sebelah rumah. Kalimah itu juga sering terpacul dimulut nenek-nenek kampong...Hari ini, kita telah melupakan berkat itu dalam hidup... Ya. Berkat satu kalimah yang sukar untuk diterjemahkan dengan lisan. Sukar... hanya yang mengerti dan memahami sahaja mampu mengungkapkan. Mungkin kerana dunia moden hari ini, dunia yang segalanya berpusatkan kebendaan menjauhkan kita dari mencari keberkatan atau langsung tidak pernah memikirkan keberkatan dalam hidup kita.... Terngiang lagi ditelinga ana, " Hari ini, semakin banyak yang kita dapat semakin jauh kita dengan Allah... semakin kita tidak punya masa walau seminit dua untuk Dia yang memberikan pimjaman kepada kita " itulah kata ustaz dalam kuliahnya... " Semakin banyak kita dapat, semakin tidak cukup pada kita, semakin menghimpit dirasakan... Itulah tandanya hilang keberkatan hidup..." Sambung ustaz lagi.Erm... itulah tanda hilang keberkatan hidup!!! Lantas hati tertanya... Mungkinkah ana juga sebahagian darinya. Sebahagian dari mereka yang telah ditarik oleh Allah keberkatan dalam hidup. Sering merasakan ketidakcukupan dalam hidup. Puas hati ini memikirkan...Dan sebelum kuliah ditutup, dihulurkan kotak sumbangan untuk pelbagai program masjid kampong dari jamaah ke jamaah... Akhir, diumumkan kutipan sekitar RM400 lebih. Alhamdulillah. Jumlah yang agak banyak berbanding jamaah yang tidak sampaipun 20 orang dan kesemuanya penduduk kampong penoreh getah atau hanya mengutip hasil sungai Pahang. Hanya ana sahaja yang berpendapatan tetap... Ana sendiripun terlalu lemah, lemah kerana tak sanggup untuk mengeluarkan walau sekeping kertas merah sebagai sumbangan di masjid kampong sendiri... Berkatkah ana???

No comments: