UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Saturday, May 3, 2008

Kejohanan CYC dalam masa waktu solat maghrib

Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 01 May 2008
Menteri Besar Terengganu, Mad Said memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini kelmarin bahawa Kejohanan bola sepak Piala Juara-Juara Belia (CYC) akan diadakan di Kompleks Stadium Negeri Terengganu.
Beberapa pasukan remaja kelab bola sepak terkenal iaitu Manchester United, Juventus dan Porto akan berentap di Kompleks Stadium Negeri Terengganu pada 5 hingga 7 Ogos ini.Menurutnya, Terengganu merupakan antara negeri yang dipilih sebagai tuan rumah pada peringkat suku akhir kejohanan itu.
Beliau memberitahu, sepanjang tiga hari itu, dua sesi perlawanan akan berlangsung iaitu pada pukul 6.30 petang dan 8.30 malam dan tiket untuk kedua-dua sesi perlawanan itu adalah RM12.Tinjauan Buletin Online mendapati bahawa orang ramai membantah kerana merasa bimbang perlawanan yang bermula jam 6.30 petang itu akan mendorong para penonton tidak menunaikan solat maghrib.Dengan ketiadaan kemudahan untuk solat bagi penonton dalam jumlah ramai yang dijangka menghadiri perlawanan bolasepak itu, pihak yang berkaitan diminta untuk mengubah jadual perlawanan kepada masa yang lebih sesuai.

No comments: