UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Monday, May 25, 2009

Tuanku Mahkota Johor Arah Siasat 'Pulau Bogel' di Mersing

PAS Johor Bahru memandang serius titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail yang mahukan kerajaan negeri Johor menyiasat segera laporan akhbar harian metro pada 08 Mei yang lalu yang mendedahkan penggambaran program realiti televisyen Denmark, yang dikatakan dibuat di sebuah pulau di perairan Mersing dekat sini yang menonjolkan aksi peserta berlumba lari dalam keadaan bogel.
Baginda melahirkan rasa kesalnya dengan kejadian itu dan tidak mahu ianya berulang kerana boleh memalukan negeri Johor dan negara ini.
Dalam akhbar baru-baru ini dipaparkan laporan tentang program realiti tv yang ditayangkan di Denmark "Survivor Robinson Ekspeditionen" yang menonjolkan aksi perseta rancangan itu berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.
Paling memalukan Malaysia sebelum ini pernah diisytiharkan sebagai negara Islam dan kita bimbang ini adalah salah satu daripada cara untuk menghina Islam, kerana kita semua maklum dengan Denmark yang sudah banyak melukakan hati umat Islam seluruh dunia termasuklah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW
Malaysia dan Johor dipaparkan seolah-olah negara yang tidak bertamadun bilamana digambarkan Malaysia ini adalah kuno dan tidak bertamadun sehinggakan sesiapapun boleh berlari bogel dan penguatkuasaan yang tidak berkuku.

No comments: