UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Tuesday, July 1, 2008

Misteri: Lokasi gua Ashabul Kahfi

Pengkaji sejarah yang semak surah al-Kahfi masih gagal dapat jawapan tepatSEHINGGA kini, misteri kedudukan gua yang menjadi lokasi persembunyian pemuda Ashabul Kahfi seperti diceritakan al-Quran menerusi surah al-Kahfi, masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.Sebaik membaca baris ayat pada surah berkenaan, penyelidik dan kalangan pentafsir al-Quran cuba menyemak silang petikan nas kitab suci itu dengan catatan sejarah serta kedudukan geografi dunia silam.Usaha menjejaki gua berkenaan adalah usaha besar yang mana penemuan lokasi itu bakal dicatat sebagai antara penemuan terpenting dalam sejarah dunia Islam amnya dan peradaban manusia khasnya.Ini disebabkan dalam gua itu berlakunya satu daripada keajaiban Allah SWT - sekumpulan tujuh pemuda bersama seekor anjing yang bersembunyi mengasingkan diri daripada pemerintah zalim serta kufur, ditidurkan Allah SWT selama 300 tahun sebelum kembali dibangkitkan- Nya.Firman Allah SWT: “Adakah engkau (Muhammad) menyangka bahawa kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqiim itu saja yang menakjubkan antara tanda kekuasaan Kami? (Ingatlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda berlindung di gua, lalu mereka berdoa: ‘Wahai Tuhan kami! Kurniakan kami rahmat pada sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami’. Lalu tutup telinga (tidurkan) mereka beberapa tahun dalam gua itu.“Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) untuk Kami menguji siapakah antara dua golongan mereka yang lebih tepat kiraannya mengenai tempoh mereka hidup (dalam gua itu),” (Al-Kahfi: ayat sembilan hingga 12).Menerusi al-Quran, kisah terbabit menceritakan bagaimana tujuh pemuda yang masih beriman terhadap keesaan Allah menghadapi tentangan daripada pemerintah dan kaum mereka yang menyembah pelbagai tuhan.Kepada kaum mereka, kumpulan pemuda itu berdakwah: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi; kami tidak sekali-kali menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lain bermakna kami memperkata dan mengakui sesuatu yang jauh daripada kebenaran.”Bagaimanapun, kaum mereka masih enggan menerima dakwah yang disampaikan menyebabkan kumpulan pemuda itu mengasingkan diri di sebuah gua. Di gua berkenaan, mereka kemudian ditidurkan Allah SWT seperti firman-Nya:“Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke kanan dan ke kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri daripada mereka dan tentulah engkau merasa amat gerun dan takut kepada mereka,” (al-Kahfi: ayat ke-18).Selepas ditidurkan selama 300 tahun, Allah kemudian membangunkan mereka dan pemuda itu saling bertanya mengenai tempoh mereka ditidurkan. Tanpa jawapan yang pasti, mereka mengutuskan seorang wakil kembali ke bandar untuk membeli makanan.Ahli tafsir menceritakan, wakil pemuda terbabit kemudian menuju ke bandar untuk membeli makanan. Bagaimanapun, ketika pemuda terbabit membayar menggunakan wang perak milik mereka, peniaga makanan terkejut kerana mendapati mata wang itu adalah mata wang kuno serta sudah tidak wujud lagi pada zaman itu.Kisah keajaiban Allah SWT yang mampu menidurkan manusia selama 300 tahun seperti terjadi kepada pemuda Ashabul Kahfi, sememangnya diyakini pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Akan tetapi, persoalan yang menjadi teka-teki kepada manusia terutama kepada kalangan penyelidik dan ahli agama adalah bilakah ia berlaku dan di manakah ia berlaku?Berbekalkan persoalan itu, penyelidik kembali mengkaji baris demi baris pada surah berkenaan selain meneliti catatan kehidupan pada sejarah silam.Ketika itulah mereka menemui catatan dan kisah lisan masyarakat yang hampir menyamai kisah Ashabul Kahfi antaranya menerusi paderi Syria abad kelima dikenali ‘James dari Saruc’.Berdasarkan cerita James, ahli sejarah terkenal abad ke-18, Edward Gibbon menulis dalam bukunya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire (Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rom)’ bahawa terdapat Maharaja Rom bernama Decius atau Decianus yang menyeksa tujuh pemuda pengikut ajaran Nabi Isa sehingga semua pemuda itu lari menyembunyikan diri.Tempoh pemerintahan Decius daripada 249 hingga 251 Masihi (M) dikenali sebagai tempoh penyiksaan kepada pengikut ajaran Nabi Isa. Ini disebabkan Decius mempercayai wujudnya banyak tuhan dan fakta itu menyamai keterangan surah al-Kahfi, ayat ke-15.Berdasarkan keterangan sejarah itu selain beberapa kajian lain, ramai penyelidik dan cendekiawan Islam bersetuju yang peristiwa Ashabul Kahfi berlaku pada zaman pemerintahan Decius.Bagi menjejaki lokasi gua Ashabul Kahfi, ahli tafsir meneliti beberapa ‘petunjuk’ yang tertera dalam surah berkenaan antaranya menerusi ayat ke-17, Allah berfirman:“Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedangkan mereka berada dalam satu lapangan gua itu...”Seterusnya pada ayat ke-21 pula, Allah berfirman: “... selepas itu maka mereka berkata: ‘Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jugalah yang mengetahui akan hal ehwal mereka’. Orang yang berkuasa atas urusan mereka (pemerintah) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah rumah ibadat di sisi gua mereka”.Menerusi dua nas berkenaan, diketahui yang kedudukan pintu gua itu menghadap ke utara (berdasarkan cahaya matahari yang terbit dari timur atau kanan dan tenggelam ke barat atau kiri) serta berhampirannya pula terdapat rumah ibadat.Penyelidik terus meneliti topografi muka bumi bagi mencari gua yang memiliki dua ciri itu. Hasil yang diperoleh membuatkan penyelidik kembali kebingungan kerana banyak sekali gua yang ditemui, memiliki ciri berkenaan.Bagaimanapun, terdapat dua gua yang paling diyakini sebagai gua Ashabul Kahfi iaitu di Ephesus serta Tarsus dan kedua-duanya terletak di Turki.Di Ephesus, gua Ashabul Kahfi dipercayai terletak di cerun timur Gunung Pion dan kerja cari gali dijalankan Institut Arkeologi Austria menemui banyak kesan bangunan silam dibina di timur kaki gunung itu. Binaan itu dipercayai dibina untuk memperingati kisah Ashabul Kahfi.Selain Ephesus, beberapa ahli tafsir meyakini yang gua Ashabul Kahfi terletak di Tarsus. At-Tabari misalnya menyatakan gua bersejarah itu terletak di gunung Bencilus di Tarsus.Bagaimanapun, sehingga kini, tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar gua berkenaan serta bilakah peristiwa itu berlaku. Sebarang penemuan mengenai kisah Ashabul Kahfi terus diperdebat dan jawapan yang pasti bagi peristiwa berkenaan, terus menjadi misteri.

No comments: