UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Monday, August 11, 2008

Tercapaikah cita-cita Anwar?

Pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula 16 Ogos ini (hari penamaancalon) dan akan berakhir pada 26 Ogos (hari pengundian).Sudah pasti satu medan pertempuran politik mungkin terhebat ataupunterkotor perancangannya dari Barisan Nasional (BN) akan berlaku keranaparti itu berhasrat menyekat Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi ahli parlimen.Rakyat Malaysia akan menyaksikan bagaimana media pro BN merancangmengatur fitnah dan serangan saraf terhadap Anwar dengan pelbagai carasehingga orang ramai khususnya pengundi Permatang Pauh terpengaruhdengan serangan itu.Anwar sendiri menyuarakan isu ini di samping ia menjadi tradisi BNsejak sekian lama.Satu ketika dahulu penulis sendiri pernah dimaklumkan bagaimana BN,membuat perancangan untuk menghancurkan Kesatuan Angkatan PerpaduanUmmah (sekitar tahun 1990-an) dengan menyebarkan sketsa kartun kepalaular bercabang mengandungi kepala pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang.Gambar berkenaan difahamkan telah menimbulkan prejudis di kalanganpengundi Melayu ketika itu sehingga ia memberi kesan terhadapkemenangan pembangkang dalam pilihan raya umum tahun 1990.PAS hanya berjaya memerintah Kelantan tetapi PAS gagal menawannegeri-negeri lain di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak, begitujuga parti-parti lain.Biasanya strategi pilihan raya dibuat sejak awal hari penamaan calondan unit gerak saraf parti bermula lebih awal dari itu.Pertarungan pilihna raya kecil biasanya banyak memberi kelebihankepada parti kerajaan tetapi kedudukan sekarang Pulau Pinang berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat negeri manakala BN diperingkat Pusat.Badan Pencegah Rasuah (BPR) dipercayai dikerah untuk kenumpukanperhatian terhadap pilihan raya kecil ini terutama jika ada dakwaanpenyelewengan rasuah dan salahgunakuasa dilaporkan terutama dari pihak BN.Mungkin tidakan segera diambil terhadap mana-mana eleman yang berpuncadari dakwaan kesalahan dan jenayah yang dibuat ataupun dikatakandibuat oleh agen-agen Anwar atau Pakatan Rakyat.BN sudah pasti mengatur strategi supaya ahli-ahli serta penyokongParti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR sendiri memberi tumpuan kepadaisu-isu seumpama itu supaya gentera pilihan raya pembangkang kurangmemberi tumpuan kepada bagaimana mahu melipatkan ganda strategimenawan hati pengundi Permatang Pauh.Strategi terbaik mana-mana peperangan ialah biar lawan menjadipenangkis serangan dan halang serangan balas parti lawan dari kitamenjadi sebaliknya. Sesuatu parti perlu menjadi peneraju isu bukansebaliknya.Dipercayai sistem 'anak angkat' menjadi amalan BN dengan mengerahkanputeri Umno melaksanakan aktiviti berbentuk kemasyarakatan itu denganmenyogok sejumlah wang kepada keluarga pengundi untuk menyekatpengaruh kempen Pakatan Rakyat dari sampai ke tangga rumah terbabit.BN juga mungkin mengatur strategi membuat culaan dengan menggunakanmahasiswa yang bergerak seperti pegawai Jabatan Perangkaan melawatrumah ke rumah untuk bertanyakan tentang kedudukan isi rumah dankecenderungan mereka terhadap politik.BN juga melalui kerajaan pusat dipercayai mengarahkan 'inteligent'askar dan polis untuk melihat kecenderungan pengundi dari sekarang danmencadangkan strategi yang seharusnya diubah dan dibuat sejak darisekarang untuk melihat kemenangan BN di kawasan paling panas dalamnegara itu.Ia sebelum ini menjadi amalan biasa dan penulis pernah berdepan denganmereka ini dan menerima maklumat dari mereka.Sogokan wang sudah pasti tidak terhingga lagi. Biasanya sukar untukdidedahkan walaupun diketahui umum kerana pengundi sendiri tidaksanggup menampilkan diri untuk membuat laporan kepada pihak polis dan BPR.Ia sedikti sebanyak terkesan terhadap pilian raya tersebut kepadasesiapa sahaja yang memenanginya apatah lagi jika Anwar menang.Saya percaya petisyen pilihan raya akan dikemukakan selepas kemenangansama ada Anwar menang atau calon BN menang oleh 'agent' parti yang kalah.Bererti pertarungan semakin sengit kerana politik negara sekarangmengalami perubahan. Trend lama pada pemikiran rakyat iaitu politiksekadar untuk mendapat duit pilihan raya, sekadar mudah dapat sokonganwakil rakyat untuk mendapat kerja atau seumpamanya mula dianggap tidakrelevan dan agak terkebelakang kerana ramai rakyat Malaysia hari inisudah celik maklumat.Sekarang mereka mahu survival hidup mereka lebih selesa dan mendapatlayanan seadilnya dari pihak pemerintah.BN tidak berupaya mempelopori suara hati rakyat itu sudah pasti BNterus terpukul dengan sikap 'underdog'nya itu.Parti itu kalah berdepan dengan rakyat tanpa menggunakan kuasa tetapidia sentiasa menang bila memperalatkan jentera kerajaan bagi menyerangpembangkang khususnya dengan menggunakan media pro kerajaan danjentera kerajaan yang lain.Ini antara kelebihan BN sejak 50 tahun lalu. Bagaimanapun ia semakinterhakis kerana perubahan sikap rakyat itu sendiri. Lebih 50 peratusrakyat Malaysia hari ini tidak lagi cenderung kepada propaganda BN(yang terpengaruh ialah rakyat buta huruf dan masyarakat pendalaman)walaupun ia disiarkan setiap hari ke kaca televisyen dan dipancar keseluruh isi rumah rakyat negara ini secara percuma.Rakyat akan menyaksikan pertarungan ini sekali lagi di Permatang Pauhtetapi lebih hebat dari pilihan raya kecil sebelum ini. Ijok antaracontoh pilihan raya kecil yang disertai KeADILan dan akhirnya calonparti itu Tan Sri Khalid Ibrahim kalah dalam suasana rakyat mulamelihat kepada agenda pembangkang tetapi masih ragu-ragu dengankeupayaannya apa lagi untuk hanya satu kerusi di Ijok.Sekarang suasana sudah berubah, rakyat sudah mula menaruh keyakinanterhadap Pakatan Rakyat dan suara hari rakyat ini semacam mengharapkankejayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan dari BNdewasa ini.Insprisasi mereka itu belum berubah kerana tidak ada perubahan ketarakepada keutuhan dan semangat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya dewasaini.Strategi ke arah itupun dipercayai telah diatur. Sejauh manakejayaannya, tidak begitu pasti walaupun Anwar menaruh keyakinanterhadapnya.Mungkinkah cita-cita Anwar tercapai? Terserahlah kepada Allah danrakyat menentukannya. - mks._

1 comment:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/tercapaikah_cita_cita_anwar_

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!