UCAPAN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN KEPADA ANAK-ANAKKU MUHAMMAD NUR NAIMAN, IZZUL ISYRAF, IZZUL IKHWAN DAN AMALIN SUMAYYAH YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. KEREDHAAN ALLAH MATLAMAT KEHIDUPAN! TAKBIR

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kepada pembaca-pembaca blog yang budiman

Hulurkanlah sedikit harta sebagai bekalan kita diakhirat kelak

Membantulah kepada yang memerlukan dalam memperjuangkan Agama ALLAH

PUSAT TARBIYAH KAWASAN PARIT SULONG
Kg Parit Bisu, 83600 Semerah, Batu Pahat Johor Darul Takzim

Segala pertanyaan sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Bin Daud (013-7665689)

Monday, August 11, 2008

Siasat S'pura bina jeti di Pulau Pisang

Dakwaan pembinaan sebuah stor simpanan dan jeti oleh Pihak Berkuasa Maritim Singapura (MPA) di Pulau Pisang, perlu disiasat oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak melanggar perjanjian yang termaktub, kata Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan. Katanya, kerajaan perlu menyiasat dakwaan pembinaan kedua-dua struktur itu oleh Singapura bagi memastikan sama ada pembinaannya dibenarkan mengikut perjanjian di antara Sultan Johor dan Kerajaan Negeri-Negeri Selat yang berpengkalan di Singapura pada 1900. "Kita ingin tahu mengapa jeti di Pulau Pisang itu ditandakan sebagai jeti persendirian, serta tindakan MPA membina sebuah stor simpanan di sebuah kawasan berhampiran jeti persendirian itu. "Kerajaan perlu menyiasat dengan teliti, adakah Singapura dibenarkan untuk membina jeti persendirian dan stor simpanan itu sebagaimana yang dipersetujui di bawah Perjanjian 1900 itu," katanya kepada Bernama hari ini. Ahmad Maslan juga mempersoalkan taraf eksklusif jeti berkenaan, sehingga menyusahkan penduduk tempatan dan pengunjung ke Pulau Pisang yang tidak dibenarkan menggunakannya. Menurut perjanjian yang ditandatangani pada 1900 itu, Singapura dibenarkan mentadbir rumah api di Pulau Pisang, yang terletak di laluan perkapalan sibuk di Selat Melaka. Bagaimanapun berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague baru-baru ini yang memberikan Singapura kedaulatan Batu Puteh, terdapat kebimbangan bahawa Pulau Pisang yang turut menempatkan rumah api tadbiran Singapura itu bakal dituntut oleh republik berkenaan.

No comments: